Wednesday, April 15, 2020

Naik taraf makam Syarif Abu Bakar Shah.

Takdir ketentuan ALLAH 
Pada 15 April 2020 makam Syarif Abu Bakar Shah Raja Ligor dinaik taraf.

Terdapat dua makam syarif Abu Bakar di Tualang Pokok Sena Kedah.
1. Makam asal yang disemadikan jasad assyahid Syarif Abu Bakar Shah
2. Makam ke dua yang diketahui umum yang memiliki nisna Aceh itu merupakan kubur tanpa jasad bagi mengaburi musuh Siam pada ketika perang dahulu.

15 April 2020
Bersamaan 21 Syaaban 1441.
Makam asal yang memiliki jasad assyahid telah dinaik taraf oleh ahli waris. Alhamdulillah.
















Makam Syarif  Abu Bakar Shah siap dibina 15 April 2020 bersamaan 21 Syaaban 1441, Insya ALLAH majlis istihar kepada kerabat akan disempurnakan nanti dalam majlis perletakan batu nisan dan majlis tahlil nanti.



..............
Mesej whatssap yang disampaikan oleh Syarif Zamri Abd Wahab Jeram Tunjag :

الله اکبر ،الله اکبر ،الله اکبر. Alhamdulillah,

 sejak sekian lama,
 dah ratusan tahun,

Hari yg penuh bersejarah,
Hari ini Arba'a tanggal 15 April 2020 bersamaan 21 Syaaban 1441 hijrah, dgn izin Allah yg Maha Perkasa, anak cucu Syarif Syah yg Dipertuan dapat menzahirkan makam baginda yg asal utk generasi yg akan datang, moga lipatan sejarah perjuangan keturunan ini sentiasa tersemat didada anak cucu baginda serta munajat semuanya sampai kpd para leluhur.
Tanpa mereka tiadalah kita.
Ya, Allah.
Ampuni lah mereka,
Rahmati lah mereka,
Maaf kan lah mereka.
Naungilah mereka, serta tempatkan lah mereka bersama para kekasih Mu. Amin Ya Robbal Alamin.


 20 April 2020
Dini Azwan cat makam Syarif Abu Bakar Shah.



Wednesday, April 8, 2020

Sejarah Lantai Masjid Haram dan Masjid Nabawi








Sejarah Lantai Masjid Haram dan Masjid Nabawi yang ramai kita tidak mengetahui.

NAMA LANTAI : THASSOS MARBLE
TEMPAT PENGELUAR : THASSOS ISLAND, GREECE

ARKITEK YANG BERTANGGUNG JAWAB MEMASANGNYA:

Dia adalah

**Almarhum Muhammad kamal ismail**

Al marhum Muhammad kamal ismail ada menceritakan satu kisah berkaitan lantai berbatu putih yang di gunakan dimasjidilharam dan masjid nabawi,,
 Yang dinamakan dengan nama
رخام ثاسوس ابيض

(Rukham thassus abyad)
Iaitu batu marble thasus putih

Jom kita baca kisahnya,,,


Kisah menarik
Pengalaman yang diceritakan oleh al marhum muhammad kamal ismail berkaitan lantai berwarna putih di masjidilharam dan masjid nabawi,,

beliau sengaja memilih untuk
 meletakkan batu granit berwarna  putih disekitar  masjidil haram  yang digunakan oleh para jemaah pengunjung yang bertawaf disekeliling kaabah dan dikawasan lain didalam masjidilharam,,
,,,
Batu granit ini fungsinya adalah untuk menyerap haba panas yang ada diatasnya,,,

Cerita yang mengatakan dibawah lantai ini adanya teknologi air yang mengalir dan menyerap haba panas itu tidak benar sama sekali,,

Untuk pengetahuan semua,,

Batu granit berwarna putih ini hanya terdapat di satu bukit kecil yang terletak sebuah pulau yang dinamakan ia dengan nama THASSOS di negara yunani atau nama lainnya adalah greece,,

Al marhum muhammad kamal ismail telah pergi melihat sendiri dikawasan pergunungan itu dan membuat satu perjanjian kerjasama dari beliau sebagai pembeli dan syarikat pemilik batu granit ini ,,

Matlamatnya adalah untuk membeli dengan kadar yang secukupnya bagi kegunaan masjidilharam,,

Saat itu separuh dari bilangan yang diperlukan telah tersedia ada di lombong  granit itu

Maka setelah perjanjian ditanda tangani,,
Beliau pulang ke kota mekah dengan membawa batu granit putih ini,,

Dan ia berjaya dihamparkan di seluruh lantai masjidil haram dengan sempurna,

Kemudian
Setelah berlalu 15 tahun lamanya,,

Kerajaan arab saudi
Meminta agar

Almarhum muhammad kamal ismail
Meletakkan lantai batu granit putih yang sama digunakan di masjidil haram,,,

Ditelakkan di seluruh lantai masjid nabawi di madinatul munawwarah,,,

Maka
Muhammad kamal ismail bercerita lagi,,
Pada saat saya mendapat panggilan dari office pemerintah arab saudi,,,

Saya menjadi takut sangat sangat,,
Kerana 15 tahun yang lepas,,

Saya telah mengambil sebahagian batu granit putih diletakkan di masjidil haram,,
Itu pun dikira bilangan yang sedikit,,

Sebahagian lagi masih berbaki di greece,,
Takut takut ada orang lain yang membelinya,,

Maka almarhum muhammad kamal ismail
Terbang pergi ke greece untuk membeli sebahagian yang lain jika ada,,,

Maka beliau pun datang
Kesyarikat yang dahulunya beliau mengambil batu granit ini,,
Dan berjumpa dengan pemiliknya
Dan menyatakan hasratnya untuk membeli sebahagian batu granit  atas tujuan  pemasangan lantai masjid nabawi,,

Pemilik syarikat itu memberikan jawapan,,

Sesungguhnya
Selepas tuan membeli sebahagian batu granit thassos pada 15 tahun yang lepas,,
Ada orang lain yang datang telah membeli keseluruhannya,,,

Mendengar itu,,
Saya menjadi sedih,, menangis,,, hiba sebak,,
Dalam hidup saya,,,
Saya tidak pernah merasakan sedih
Seperti apa yang saya rasakan saat ini

,ini kerana
Saya tidak mendapat apa yang saya mahukan,,

Sejak dari itu saya menjadi tidak keruan,,
Air kopi saya pun.. Saya tak sentuh,,

Kemudian saya keluar dari office syarikat marble itu,,
Untuk saya bergegas bookkan tiket pulang ke arab saudi hari berikutnya

Sebelum itu ntah kenapa saya tertanya dengan sekretari,,
Siapakah yang membeli baki batu granit itu????

Beliau menjawab,, kami tidak pasti,,
Sebab ini sudah terlalu lama,, 15 tahun agak sukar untuk mencari pembelinya,,,

Saya berkata padanya,,
Tolonglah carikan maklumat siapakah yang membelinya

Ini alamat hotel saya dan nombor talifonnya,,
Hubungi saya jika dapat,,,
Saya masih ada satu hari lagi di sini,,,

Kemudian saya meninggalkan office syarikat itu dalam keadaan saya menangis terlalu sedih,,

Saya tertanya,,
Kenapa saya mesti nak tau siapa yang beli batu itu?????
Saya terfikir,,
Boleh jadi ada perkara yang allah nak tunjuk pada saya yang saya tak tahu,,

Maka esoknya
Beberapa jam sebelum saya ke airport untuk pulang kesaudi

Dapat satu panggilan dari syarikat batu ini,
Sekretari ini menalifon
Tuan,, datanglah ke office,, kami sudah temukan maklumat pembeli yang tuan mahukan,,

Mendengarkan itu saya bergegas ke office syarikat itu,,
Dalam masa yang sama,,
Saya tertanya tanya,,
Apa saya akan buat dengan alamat maklumat pembeli itu???
Apa benda yang saya boleh lakukan benda dah 15 tahun punya cerita???

Kenapa sangggup saya bersusah payah semata mata nak dapatkan alamat pembeli ini???

Sampai saya di office,,

Saya mendapatkan alamat pembeli itu,,

Berderau darah saya melihat maklumat pembeli itu,,
Rupanya pembeli itu dari salah sebuah syarikat yang beralamat diarab saudi,,

Apa lagi..
Saya terbang kearab saudi..
Turun airport terus ke alamat yang diberikan,,,

Sampai sahaja di office syarikat itu,,
Saya bertemu dengan pemilik syarikat itu

Dan bertanya,,
Apa yang ia lakukan dengan batu granit yang mereka beli pada tahun tahun yang lepas di greece????

Maka pemilik ini seakan akan lupa lalu berkata..
Saya tak berapa ingat hal itu
Lalu beliau menalifon gudang dan memastikan,,

Lalu ia berkata.... Batu granit itu masih ada di gudang,, tidak tersentuh sikit pun..

Kemudian
Almarhum muhammad kamal ismail ini bercerita lagi

Saat itu saya nangis teresak esak seperti kanak kanak

Sungguh sungguh saya menangis,,,

Pemilik syarikat ini bertanya,,

Kenapa saya menangis???

Saya pun menceritakan hal ini dari awal pembikinan masjidilharam,,
Sampailah permintaan kali kedua untuk masjid. Nabawi,,
Saya ceritakan keseluruhannya

Kemudian saya berikan cek kosong kepada pemilik syarikat ini,,
Saya katakan padanya

Tuan tulislah berapa yang tuan mahu saya bayar,,,, saya akan membayarnya,,
Asalkan saya dapat kembali batu granit ini,,

Kemudian ia  bersumpah dan berkata

Demi allah yang tiada tuhan melainkan dia,,

Setelah pemilik syarikat ini tahu yang saya ingin mendapatkan batu granit itu atas tujuan untuk pembinaan lantai masjid nabawi..

Ia berkata

Saya tidak mengambil satu dirham pun dari kamu,,,
Batu batu granit ini

Saya hadiahkan  saja pada kamu ikhlas disumbangkan pada jalan allah,,

Sesungguhnya Allah telah melupakan aku pada batu yang telah aku beli satu ketika dahulu,,

Dan allah lah yang sebelum ini mengatur supaya aku membelinya untuk kepentingan yang lebih penting...

Demi manfaat bersama,,,

Akhirnya batu ini diberikan kepada

Al marhum Muhammad kamal Ismail untuk diuruskan dalam proses meletakkan ia di seluruh lantai masjid nabawi...

ALLAAAAAHU AKBAR!!!!!

Semoga allah cucuri rahmat pada mereka yang menyumbangkan tenaga dan idea mereka untuk usaha yang murni ini....

Amin...

Sekian..
Perkongsian dari pak Arab..

هذا العبقري له قصه رائعه مع رخام الحرم حيث أنه أراد وضع رخام في أرضية الحرم للطائفين ورخام مخصوص يمتص الحراره تماما.. كان هذا الرخام موجود في جبل صغير باليونان ، ذهب لليونان وتعاقد علي شراء الكميه الكافيه للحرم وكانت نصف الكميه الموجوده تماما.. تعاقد وعاد وجاء الرخام الأبيض وتم فعلا وضع الرخام في كل أرضية الحرم المكي.. تمر السنوات وبعد خمسة عشر عاما تطلب الحكومه السعوديه منه وضع نفس نوع الرخام في الحرم النبوي بالمدينه.. يقول المهندس محمد كمال عندما طلب مني مكتب الملك تغطية الحرم النبوي خفت جدا فلا يوجد علي الأرض برحابتها من هذا النوع من الرخام إلا في منطقه صغيره باليونان وأنا إشتريت نصف الكميه وهي كميه بسيطه جدا.. قال ذهبت لنفس الشركه باليونان وطلبت مقابلة رئيس مجلس إدارتها وسألته عن الكميه المتبقيه.. فقال لي لقد تم بيعها بعدك مباشرة.. يقول حزنت كما لم أحزن في حياتي حتي أني لم أشرب قهوتي وغادرت المكتب وحجزت علي طيارة اليوم التالي للعوده ، عندما خرجت من مكتب رئيس الشركه وجدت السكرتيره فسألتها ولا أعلم لماذا.. من إشتري الكميه المتبقيه ؟ قالت لي هذا أمر مر عليه سنوات طويله ويصعب الرجوع للمشتري.. قلت لها مازال أمامي يوم في اليونان أرجوكي إبحثي وهذا رقم تليفون فندقي.. تركت الرقم وذهبت وأنا حزين.. يقول بعدما خرجت سألت نفسي.. لماذا تريد معرفة من إشتري ؟ يقول المهندس العبقري قلت لنفسي لعل الله يحدث أمرا.. في اليوم التالي وقبل ساعات قليله من ذهابي للمطار وجدت السكرتيره تتصل بي وتقول تعال إلي الشركه فعندنا عنوان المشتري.. ذهبت متباطئا متسائلا ماذا أفعل بعنوان من إشتري.. كان عندي بعض الساعات المتبقيه علي السفر فذهبت مره أخري للشركه وقابلت السكرتيره فأعطتني عنوان الشركه التي إشترت الرخام.. يقول الدكتور المهندس خفق قلبي بشده عندما وجدت المشتري شركه سعوديه.. طرت مباشرة إلي السعوديه ثم من المطار إلي الشركه التي إشترت الرخام ودخلت علي رئيس مجلس إدارتها وسألته ماذا فعل بالرخام الذي إشتراه منذ سنوات من اليونان.. قال لا أذكر.. إتصل بالمخازن وسألهم عن الرخام الأبيض اليوناني فقالوا له... كل الكميه موجوده كما هي.. يقول المهندس محمد كمال بكيت كالطفل وسألني صاحب الشركه لماذا تبكي.. حكيت له القصه كامله وقلت له هنا شيك علي بياض إكتب المبلغ الذي تريده.. قال والله الذي لا إله إلا هو صاحب الشركه عندما علم أن الرخام للحرم النبوي قال لا أخذ درهما واحدا الرخام كله في سبيل الله وإنما أنساني الله الرخام وجعلني أشتريه ليكون هنا لهذه المهمه
 من حق الجميع أن يتعرفوا علي هذا النابغه المعماري
#sejarahlantaimasjidharam
#sejarahislam



Tuesday, April 7, 2020

Raja Muhammad Idris Al Mahdi Al Sanusi Raja Libya

FATIM ANJUR MAJLIS MEMPERINGATI SAYYID MUHAMMAD IDRIS




KUALA LUMPUR, 7 April - Sempena memperingati tokoh ulama' Ahli Sunnah Wal Jamaah dunia, Pertubuhan Tarekat Muhammadiah (FATIM) menganjurkan majlis Haul al Arif Billah Sayyid Muhammad Idris Ibn Muhammad al Mahdi al Sanusi pada malam tadi.

Majlis yang diadakan secara "Live Streaming" itu disampaikan oleh Pengerusi FATIM, Dato' Hj Muhammad Fuad Bin Kamaludin dan mendapat hampir 2,000 tontonan orang ramai yang mengikuti secara langsung di Facebook rasmi FATIM.

Majlis dimulakan dengan bacaan al Quran diikuti dengan bacaan qasidah daripada kalam pujian Syeikh Soleh al Ja'fari terhadap Sayyid Muhammad Idris Ibn Muhammad al Mahdi al Sanusi yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Najib Bin Zakaria sebelum diteruskan dengan syarahan berkenaan Sayyid Muhammad Idris Ibn Muhammad al Mahdi al Sanusi oleh Dato' Hj Muhammad Fuad Bin Kamaludin.

Sayyid Muhammad Idris Ibn Muhammad al Mahdi al Sanusi merupakan seorang raja bertaraf ulama' di negara Libya yang dilahirkan pada hari Jumaat, 20 Rejab 1307 Hijrah (12 Mac 1890).

Ketokohan dan kehebatan Sayyid Muhammad Idris Ibn Muhammad al Mahdi al Sanusi terhadap agama mula terserlah sejak usia kecil iaitu baginda telah menghafal 30 juzuk al Quran pada umur 10 tahun di bawah pentarbiahan kedua-dua ayahanda dan bondanya.

Selama 18 tahun memerintah Libya, Sayyid Muhammad Idris Ibn Muhammad al Mahdi al Sanusi telah banyak menggadaikan nyawa dan harta demi kemuliaan dan maruah Islam tanpa mengira bumi mana yang dipijak.

Baginda juga merupakan contoh paling hampir kepada seluruh umat Islam dalam mempamerkan pengertian jihad daripada sudut menginfaqkan harta di jalan Allah SWT. Sehingga, baginda sanggup mewakafkan Istana al Manar yang diperuntukkan negara kepadanya untuk dijadikan sebagai kampus utama Universiti Libya pada tahun 1954.

Sayyid Muhammad Idris Ibn Muhammad al Mahdi al Sanusi wafat pada 13 Syaaban 1403 Hijrah (25 Mei 1983) di Kaherah ketika berusia 93 tahun.

Jangan ketinggalan mengikuti sambungan Majlis Haul al Arif Billah Sayyid Muhammad Idris Ibn Muhammad al Mahdi al Sanusi dengan kupasan Ijazah Raja Muhammad Idris al Mahdi al Sanusi oleh Dato' Hj Muhammad Fuad Bin Kamaludin yang akan disiarkan secara langsung di Facebook FATIM pada malam ini. - StraCOMM FATIM

HUBUNGAN ULAMA’ DUNIA ISLAM DENGAN RAJA IDRIS RA

Raja Muhammad Idris ibn Muhammad al Mahdi al Sanusi RA bukan sahaja terkenal sebagai seorang raja yang adil tetapi juga seorang ulama’ yang menjadi kiblat ulama’ dunia Islam pada zamannya terutamanya untuk mendapatkan ijazahnya yang tinggi.

Antara tokoh ulama’ dunia yang pernah mengambil ijazah daripada beliau terutamanya selepas beliau keluar dari Libya ialah:

1. Al Muhaddith Sayyid Abdullah ibn Muhammad ibn al Siddiq al Ghumari
2. Al Arif billah Syeikh Soleh ibn Muhammad al Ja’fari, Imam Masjid al Azhar.
3. Al Muhaddith Sayyid Muhammad ibn `Alawi al Maliki
4. Al Musnid Sayyid Abdur Rahman ibn Abdul al Hayy al Kattani dan ramai lagi.

Di sini, dipaparkan ijazah yang diterima oleh al Muhaddith Sayyid Abdullah ibn Muhammad ibn al Siddiq al Ghumari RA daripada beliau.

Beliau menceritakan mengenai ijazah yang beliau terima daripada Raja Muhammad Idris al Mahdi al Sanusi RA dalam kitab biografi yang beliau tulis sendiri bertajuk: Sabil al Taufiq fi Tarjamah Abdillah ibn al Siddiq, Fasal: Fi Zikr Syuyukhi (semoga Allah merahmati mereka, mengganjarkan kepada mereka keredhaanNya dan membalas mereka semua dengan kebaikan), dalam tajuk pertama: Syuyukhi min al Maghrib (Syeikh-syeikh saya dari Maghrib) halaman 251-252, no.18:

RAJA IDRIS IBN MUHAMMAD AL MAHDI IBN AL ‘ALLAMAH MUHAMMAD IBN ALI AL SANUSI AL SYARIF AL HASANI RA






“Saya pernah berkunjung ke rumah baginda di Kaherah (Mesir) selepas baginda keluar dari Libya. Baginda menyambut kedatangan saya dengan mesra sekali.

Dalam kunjungan tersebut, saya telah meminta ijazah daripada baginda lalu baginda berkenan untuk mengijazahkan saya.

Baginda mempunyai syeikh yang ramai namun saya amat teruja dengan riwayat baginda daripada nenda baginda (Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi RA) kerana riwayat itu tinggi. Maka Baginda pun meriwayatkannya (kepada saya) daripada ayahandanya (Sayyid Muhammad al Mahdi al Sanusi RA, daripada nendanya (Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi RA).

Nenda baginda merupakan seorang `Allamah dan mempunyai beberapa buah thabat (kitab sanad) yang sebahagiannya telah dicetak.

Nenda baginda wafat pada 1276 Hijrah di Jaghbub iaitu sebuah oasis di selatan padang pasir Libya.

Manakala Raja Idris RA wafat pada 1404 Hijrah (tarikh yang tepat ialah pada tahun 1403 Hijrah) di Kaherah pada usia hampir 100 tahun.

Baginda disemadikan di (Perkuburan Baqi’) Madinah al Munawwarah sebagaimana wasiat baginda.”