Friday, March 31, 2023

Umrah untuk Nai Chau Abu Bin Syarif Abu Bakar Shah


 Alhamdulillah Ramadhan 1444 / 2023

Ustaz Jauha keluarga nai Din laksana umrah untuk almarhum nenek kami Nai Chau Abu .

Moga Allah terima amal kebajikan ini dan moga sampai pahala ini kepada nenek kami bersama. Moga Allah ampuni dan rahmati seluruh leluhur kami yang dicintai.


Laporan dari Makkah dari Ustaz Joha

Alhamdulillah telah selesai melaksana badal umrah bagi Allahyarham NAI CHAU ABU IBNI SYARIF ABU BAKAR pada 30hb Mac 2023 jam 11.30pm waktu mekah (Malaysia 03.30am). Perjalanan badal umrah Allahyarham bermula pada pukul 4.30pm selepas solat asar menuju Masjid Aishah Di Tannaim. Selepas niat Di Miqat perjalanan terus menuju ke masjidil haram. Alhamdulillah sempat berbuka puasa Di masjidilharam dan solat maghrib berjemaah. Ibadat tawaf dilakukan sejurus selepas solat maghrib manakala ibadat saie dilakukan selepas solat terawih. Tahallul dilakukan selepas selesai saie. Walaupun keadaan dataran tawaf dan saie sangat sesak, namun perjalanan sangat tenang dan tenteram. Alhamdulillah, pergerakan yang perlahan dapat memperbanyakkan zikir untuk arwah. Alhamdulillah semasa tawaf dapat sempurnakan 2 set zikir rabbaniyah beserta doa, manakala semasa saie dapat 2 set zikir rabbaniyah berserta doa dan juga bacaan surah almulk dan yaasin.


Zikir semasa tawaf 

Sausana petang di tanaim sebelum niat umrah untuk Almarhum Nai Chau Abu.

Laporan disediakan Helmi Assyafie 9 Ramadhan 1444 bersamaan Jumaat 31 Mac 2023.






Seni bina Islam , Seni lukis Islam