Thursday, June 29, 2023

Helmi Assyafie Raya Haji 2023











 Aidil Adha 1444h

Raya pertama.

Allah takdir raya Haji kali ini :

Pagi.

-Solat Raya bersama sama DYMM Sultan Kedah , MB Kedah serta kepimpina negeri.

- Sarapan bersama keluarga

- Ke Sik memenuhi hajat guru untuk masak sup  fatani.

6 petang 

Ziarah makam Murabbi Tuan Guru Haji Salleh bin Musa.

Isyaq sampai rumah.

Alhamdulillah atas nikmat silaturahim , moga Allah anugerah sihat zahir batin dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.





Alhamdulillah.


Hari Raya Aidil Adha - raya pertama bersama Guru merupakan anak anak kepada guru murabbi Allahyarham Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa.


Tuan Guru Syeikh Muslim bin Tuan Guru Haji  Salleh banyak saya mengambil menafaat ilmu khususnya ilmu fekah dengan beliau . Beliau sangat arif ilmu alat ilmu fekah dan fiq semasa. Beliau kehadapan memimpin madrasah dan kini beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah Sik.


Tuan Guru Ustaz Yazid bin Tuan Guru Haji Salleh merupakan guru awal yang banyak mencorakkan haluan saya dan sentiasa memberi semangat dari dahulu hingga kini. Beliau merupakan abang dunia akhirat merangkap guru yang banyak mengambil urusan kehidupan dan dakwah .


Moga Allah rahmati kalian berdua dan seluruh guru guru yang ikhlas menyebarkan agama Allah dengan iklas.


Semoga Allah rahmati guru kami Almarhum Tuan Guru Haji Salleh bin Musa dan mengangkat setinggi tinggi darjat disisi Allah serta moga sentias dicucuri Rahmat kepada beliau.


Kenangan 10 Zulhijjah 1444h.

Teringat zaman belajar dan khidmat kepada almarhum Tuan Guru Haji Salleh satu ketika dahulu. Alhamdulillah hari ini dapat khidmat kepada anak anak almarhum yang merupakan guru guru awal yang banyak mendidik al fakir .


Moga Allah satukan kami semua semata mata untuk membantu agama Allah dan meneruskan misi dakwah yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Haji Salleh bin Musa.


Semoga Allah taufiqkan diri ini istiqomah berkhidmat kepada ulama ahli sunnah wal jamaah dan dakwah hingga akhir hayat.