Pada tarikh ini (3 Ramadhan) telah wafat penghulu wanita syurga dan penghulu wanita sekalian alam, Ummu Abiha (ibu kepada ayahnya), Sayyidah Fatimah Az-Zahra binti Sayyidal Mursalin Baginda Rasulullah مُحَمَّدٌ ﷺ .
Sayyidah Fatimah عَلَيْهِا السَّلآم wafat pada malam Selasa 3 Ramadhan pada tahun ke-11H, pada usia 28 tahun 6 bulan.
Beliau merupakan dari kalangan ahli keluarga yang paling disayangi baginda Baginda Rasulullah مُحَمَّدٌ ﷺ.
Diriwayatkan, setiap kali Baginda ﷺ ingin bemusafir, Sayyidah Fatimah عَلَيْهِا السَّلآم adalah orang yang terakhir Baginda ﷺ berjumpa, dan apabila Baginda ﷺ pulang, beliaulah orang pertama yang Baginda ﷺ akan berjumpa dahuluan.
Baginda ﷺ sangat memuliakannya sehingga apabila setiap kali beliau datang ke rumah Baginda ﷺ , Baginda ﷺ akan bangun kepadanya dan mempersilakannya untuk duduk di tempat duduk Baginda Rasulullah مُحَمَّدٌ ﷺ .
Sememangnya اللّٰهُ ﷻ telah menganugerahkan kepadanya nikmat yang Agung, diberikan pelbagai kemuliaan, dan اللّٰهُ ﷻ meredhainya, dan semoga اللّٰهُ ﷻ me rezeki kan wanita di rumah kita kasih kepadanya, menjadikan beliau sebagai ikutan, agar mereka tergolong didalam kumpulan Sayyidah Fatimah berpimpin tangan menuju ke syurga...
#madrasahtazkiyyah #habibalizaenalabidinalhamid #yayasanarriayah #pencintanabimuhammad #ramadhan2024 #tarim #madinahalmunawwarah